suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas Wikileaks Gagal Dalam Rayuan Tidak Dihantar Ke Sweden

LONDON: Pengasas Wikileaks, Julian Assange gagal dalam usahanya untuk merayu agar tidak diekstradiksi ke Sweden untuk menghadapi siasatan ke atas dakwaan mencabul kehormatan dan merogol dua orang bekas sukarelawannya.

Dua orang hakim Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan awal yang dibuat mahkamah rendah untuk menghantar beliau ke Sweden tidak wajar diubah.

Pihak berkuasa Sweden mahu menyoal siasat Assange berhubung dakwaan merogol seorang wanita dan percubaan mencabul kehormatan seorang lagi di Stockholm tahun lalu.

Assange, 40, yang merupakan seorang warga Australia menafikan kedua-dua dakwaan tersebut sambil menegaskan bahawa ia lebih merupakan satu tindakan bermotifkan politik.

Dalam reaksi segera, para peguam Assange menegaskan bahawa mereka akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung.

Mereka kini mempunyai tempoh masa 14 hari untuk berbuat demikian menurut undang-undang Britain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bapa Charice Mati Ditikam

Artikel Lain