suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Bunuh Bapa Charice Menyerah Diri

MANILA: Polis Filipina pada Khamis berkata suspek dalam kes pembunuhan bapa penyanyi pop, Charice Pempengco, telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Ketua polis wilayah Laguna, Gilbert Cruz berkata Angel Capili Jr menyerah diri kepada beliau di rumahnya pada Khamis.

Menurut polis, buruh binaan, Ricky Pempengco ditikam dengan pemecah ais oleh seorang lelaki yang mabuk pada Isnin selepas membeli rokok di sebuah kedai dekat Laguna berdekatan Manila.

Cruz berkata suspek juga merupakan buruh binaan namun tidak mengenali Pempengco dan menyesal di atas perbuatannya juga bersedia menerima hukuman.. Charice membatalkan kesemua konsertnya dan meminta keadilan dilakukan untuk mendiang bapanya. -AP

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Mexico

Artikel Lain