suria

Bapa Charice Mati Ditikam

Charice semasa di konsert jelajah Asia, David Foster & Friends baru-baru ini.
Charice semasa di konsert jelajah Asia, David Foster & Friends baru-baru ini.
Charice semasa di konsert jelajah Asia, David Foster & Friends baru-baru ini.

MANILA: Bapa kandung kepada bintang pop antarabangsa dari Filipina, Charice ditikam sehingga maut dalam satu pergaduhan jalanan, kata polis pada Selasa.

Penyanyi tersebut dilaporkan membatalkan semua persembahan luar negara untuk bersama keluarganya.

Buruh binaan, Ricky Pempengco, 39, ditikam berulang kali dengan pemecah ais pada Isnin selepas pertengakaran dengan seorang lelaki yang mabuk di sebuah jalan dekat bandar pertanian, selatan Manila.

"Mereka bertembung sesama sendiri dan daripada situ mereka mula bergaduh," kata Ketua Polis tempatan, Senior Supritenden Gilbert Cruz.

Polis masih mencari suspek kes pembunuhan tersebut, katanya.

Penyanyi berusia 19 tahun yang sedang bersedih di atas kejadian tersebut berkata beliau rapat dengan bapanya itu sebelum kedua-dua orang tuanya berpisah semasa beliau masih kecil dan kemudian membesar bersama ibunya.

Charice mula popular di Youtube kemudian berjaya membuat persembahan di rancangan Oprah dan muncul dalam siri televisyen popular, Glee. -AFP

Artikel Lain