suria

Wanita Terkejut Terima Bil Telefon RM623,299.50 Di Florida

MIAMI: Seorang wanita terkejut apabila menerima bil telefon lebih AS$200,000 (RM623,299.50).

Celina Aarons dari Florida biasanya menerima bil sebanyak AS$175 (RM545.39) termasuk membayar talian bagi dua adiknya yang pekak dan bisu.

Beliau menggunakan telefon pintar kebanyakannya untuk menghantar pesanan dan berhubung dengan lebih mudah.

"Adik saya adalah buah hati saya, dia pergi ke kolej dan saya akan lakukan apa saja," katanya kepada televisyen WSVN mengenai adiknya, Shamir.

Masalah timbul apabila Shamir pergi bercuti ke Kanada dan tidak mematikan perantauan data telefonnya. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain