suria

Lawatan Ratu Elizabeth II Untuk Kali Ke-16 Ke Australia Disambut Meriah

CANBERRA: Ratu Elizabeth II dari Britain telah diberikan sambutan permaidani merah dan penuh warna-warni dan tembakan meriam 21 das sebagai menandakan permulaan lawatan rasmi baginda ke Australia iaitu yang ke-16 sepanjang hayatnya.

Ratu Elizabeth akan turut membuka perasmian Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Perth tiba di Canberra awal Rabu. Baginda Ratu turut diiringi oleh suaminya Putera Philip dan ketibaan mereka disambut oleh Perdana Menteri Julia Gillard.

Turut menyambut ketibaan Ratu berusia 85 tahun itu ialah Gobenor Jeneral Australia, Quentin Bryce.

Bryce, merupakan wakil monarki Britain di Australia dan merupakan wanita pertama di lantik ke jawatan itu.

Margaret Cunningham, yang mencatat sejarah sebagai orang pertama yang dipilih untuk menyampaikan jambakan bunga kepada Ratu Elizabeth dalam lawatan rasmi baginda yang pertama 57 tahun lalu telah sekali lagi dipilih untuk menyerahkan bunga kepada Ratu dalam lawatan kali ini.

Ratu Elizabeth merupakan seorang tokoh yang sangat popular di Australia dan dalam satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini majoriti rakyat negara itu masih mahu baginda terus menjadi ketua negara Australia.

Lawatan ke-16 Ratu Elizabeth ke Australia dilihat sebagai yang terakhir buat baginda memandangkan umurnya yang sudah lanjut dan tidak mungkin akan dapat lagi menghabiskan masa yang panjang dalam penerbangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain