suria

Tentera Rejim Baru Libya Tawan Kubu Terakhir Gaddafi

BANI WALID: Tentera rejim baru Libya menguasai sepenuhnya Bani Walid pada Isnin selepas menumpaskan tentera setia Muammar Gaddafi yang bertahan selama enam minggu, kata seorang komander.

"Bandar Bani Walid dibebaskan sepenuhnya," kata Saif al-Lasi, komander Brigade Zliten, satu daripada unit tentera Majlis Peralihan Kebangsaan yang dikerah melancarkan serangan terakhir di bandar itu pada Ahad.

Katanya, jalan kini dibuka di arah timur ke Sirte, selatan ke Sabha dan barat ke Tripoli.

Artikel Lain