suria

Tiga Maut Ditembak Selepas Hadiri Parti

SAN LEANDRO (California): Seramai tiga orang terbunuh manakala tiga yang lain cedera apabila sekurang-kurangnya dua orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah gudang di sini, Ahad.

Suspek memulakan tembakan apabila sekumpulan orang awam yang keluar daripada banggunan itu pada pukul 1.20 pagi selepas menghadiri satu parti, demikian menurut Sarjan Doug Calgano.

Tiga orang disahkan mati di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun tidak mengetahui keadaan tiga mangsa lain yang cedera dan nama-nama mangsa terlibat masih belum dikeluarkan.

Sekurang-kurangnya 100 orang hadir ke parti tersebut yang sebelum ini diiklankan melalui Internet, kata Calgano.

Pihak polis tidak dapat memastikan sama ada parti yang dianjurkan itu mempunyai permit sah.

Siasatan mengenai berapa banyak tembakan dibuat dan bagaiamana ia dilakukan masih dijalankan pihak polis.

Tiada penahanan dibuat setakat ini dan polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. -AP

Artikel Lain