suria

Motosikal Bawa Bom Meletup, Dua Maut

KANDAHAR (Afghanistan): Dua orang awam terbunuh apabila sebuah motosikal yang diletakkan dengan bahan letupan meletup di pinggir bandar Kandahar pada Isnin, demikian menurut sumber rasmi.

Penunggang motosikal tersebut sedang menuju ke bandar Kandahar apabila bom tersebut dikatakan meletup secara tidak sengaja, kata jurucakap kerajaan tempatan, Zalmai Ayubi.

Tempat di manaba letupan yang membunuh dua orang yang berada berhampiran motosikal dan mencederakan 10 yang lain berlaku bukanlah kawasan yang dijadikan sasaran, kata Ayubi dan seorang ketua polis wilayah, Jeneral Abdul Raziq.

Namun Menteri Perhubungan Sempadan dan Suku, Asadullah Khalid berkata beliau mungkin menjadi sasaran sebenar kerana berada berhampiran tempat kejadian semasa letupan berlaku.

Bagaimanapun Khalid tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kematian orang awam meningkat secara mendadak di Afghanistan sejak beberapa tahun lepas disebabkan beberapa siri serangan bom kumpulan pemberontak. -AP

Artikel Lain