suria

MAS Menang Penerbangan Paling Utama Asia

BANGKOK: Malaysia Airlines (MAS) memenangi Anugerah Pengembaraan Dunia untuk penerbangan paling utama Asia untuk tiga tahun berturut-turut di sini, Rabu.

Ia memenangi anugerah itu dalam kategori Dewan Penerbangan Paling Utama Asia untuk Golden Loungenya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Urusan MAS Ahmad Jauhari Yahya menerima kedua-dua anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden Anugerah Pengembaran Dunia Graham Cooke di majlis rantau Anugerah Pengembaraan Dunia untuk Asia dan Australasia di sini.

MAS memenangi Penerbangan Paling Utama Asia pada 2009 dan 2010.

"MAS mengatasi persaingan hebat daripada Cathay Pacific, Singapore Airlines, Japan Airlines, Thai Airways dan Air China untuk memperoleh Penerbangan Paling Utama Asia," menurut kenyataan Anugerah Pengembaraan Dunia.

Pencalonan anugerah itu diputuskan oleh satu panel bebas pakar-pakar industri tersebut dan kriteria mengambil kira aspek pencapaian keseluruhan, perkembangan produk, inovasi, kreativiti dan kepuasan pelanggan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain