suria

Dermawan Tinggalkan Wang Dalam Tandas Untuk Mangsa Tsunami

TOKYO: Seorang dermawan yang tidak dikenal pasti meninggalkan wang berjumlah RM396,000 di dalam sebuah tandas awam dengan menulis nota yang mengarahkan duit itu didermakan kepada mangsa tsunami dan gempa bumi, kata pihak berkuasa, Khamis.

Satu plastik beg berisi 10 juta yen dijumpai pada 22 September di sebuah tandas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di banggunan dewan bandaraya Sakado dekat utara Tokyo, beritahu seorang pegawai kerajaan kepada pemberita.

Bandar tersebut akan menyerahkan wang itu kepada persatuan Red Cross Jepun jika penderma tidak dikenali itu tidak menuntutnya dalam masa tiga bulan, kata jurucakap bandar tersebut, Masumi Sekiguchi.

Menurutnya, nota itu berbunyi: "Saya keseorangan dan tidak mempunyai masa hadapan lagi. Jadi biarlah masyarakat Tohoku menggunakannya (wang)."

Tohoku merupakan salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku March lalu.

"Tiada saksi dalam perbuatan tersebut dan kami tidak dapaty mengagak siapakah yang terlibat," katanya

"Kami amat terkejut juga bersyukur di atas kebaikan yang dilakukan individu ini." -AFP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain