suria

Masalah Keselamatan: 14 Penerbangan Tergendala Di Sydney

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 14 penerbangan tergendala pada Isnin di terminal domestik Qantas Lapangan Terbang Sydney, selepas dua individu memasuki kawasan larangan tanpa menjalani pemeriksaan yang diarahkan, kata syarikat penerbangan itu.

Pelanggaran aspek keselamatan di lapangan terbang itu menyebabkan ribuan penumpang terpaksa diperiksa semula dan ia adalah susulan insiden sama di kedua-dua lapangan terbang di Sydney dan Melbourne, awal tahun ini. - AFP

Artikel Lain