suria

Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Presiden Singapura Pada 17 Ogos

SINGAPURA: Rakyat Singapura akan mengundi untuk memilih presiden akan datang pada 27 Ogos, sekiranya lebih daripada satu calon dinamakan untuk bertanding pada pilihan raya presiden apabila pencalonan ditutup.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengeluarkan writ pilihan raya mengumumkan hari penamaan calon pada 17 Ogos.

Pusat penamaan calon ialah di People's Association di King George's Avenue. Pegawai pilihan raya bagi pilihan raya presiden ialah Yam Ah Mee, yang merupakan ketua pengarah eksekutif persatuan itu.

Setakat ini, lima calon berpotensi telah menyatakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan itu yang kini dipegang oleh Presiden SR Nathan.

Dua hari lepas sebelum ulang tahun ke-87 beliau, Nathan mengumumkan akan berundur apabila penggal keduanya tamat pada 31 Ogos.

Antara yang berhasrat bertanding ialah Timbalan Perdana Menteri Dr Tony Tan, bekas anggota Parlimen Ayer Rajah Dr Tan Cheng Bock, dan bekas anggota pembangkang Tan Jee Say. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain