suria

Pembunuh Kejam Norway Hanya Bakal Dipenjara 30 Tahun

OSLO: Lelaki yang mengaku melakukan serangan di Norway yang mengorbankan 76 nyawa pada Jumaat lalu bakal berhadapan dengan hukuman maksimum 30 tahun penjara melalui pertuduhan terbaru iaitu kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.

Melalui pertuduhan baru itu, Anders Behring Breivik bakal dipenjarakan untuk tempoh yang lebih lama berbanding tempoh hukuman penjara 21 tahun di atas kesalahan melakukan aktiviti keganasan yang dihadapinya sekarang.

Namun rakyat Norway menganggap hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan yang dilakukan Breivik.

Pendakwa Raya, Christian Hatlo memberitahu akhbar tempatan bahawa pertuduhan terbaru itu belum dikenakan terhadap Breivik dan sebarang keputusan mengenainya masih belum dibuat. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain