suria

Dua Maut Nahas Helikopter Di Sydney

SYDNEY: Sebuah helikopter terhempas disebabkan angin kuat dan hujan lebat pada Jumaat menyebabkan dua orang terbunuh, demikian menurut pihak polis.

Helikopter itu terhempas di sebuah kawasan belukar lalu terjunam ke tebing pada bulan Julai yang mencatatkan kadar hujan paling tinggi untuk bandar itu dalam tempoh 52 tahun.

"Helikopter itu musnah teruk dan Pada masa ini kami hanya boleh mengesahkan seramai dua orang terkorban," kata Pemangku Supritendan Michael Banfield.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa masih cuba mengesan pemilik helikopter malang itu.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata helikopter tersebut adalah jenis Bell 206 yang biasanya boleh membawa lima ke tujuh orang penumpang termasuk juruterbang.

Seorang saksi memberitahu dia terdengat bunyi helikopter yang terbang rendah dan bimbang jika ia terjunam di sebuah gelanggang tenis namun ia terjunam ke arah kawasan belukar. -AFP

Artikel Lain