suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Norway: Lebih 80 Maut Ditembak, 7 Korban Bom

Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP
Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP
Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP

OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.

Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.

Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.

“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.

Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.

Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.

Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.

NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.

Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.

“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain