suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Clinton Sumbang RM4 Juta Kepada Haiti

PORT-AU-PRINCE (HAITI): Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berkata pada Khamis bahawa yayasannya akan menyumbang lebih daripada RM3 juta untuk membantu ribuan pelajar Haiti dalam persekolahan mereka.

"Sebanyak RM3.72 juta akan diberi kepada Kementerian Pendidikan Haiti untuk memastikan lebih daripada 10,000 orang kanak-kanak mendapat pendidikan sekolah rendah dan mendapat hidangan makanan apabila mereka berada di sekolah," kata Clinton.

"Sumbangan ini akan meningkatkan keupayaan kementerian dan menyokong usaha presiden dalam kempen kembali ke sekolah untuk sekolah-sekolah kerajaan mahupun swasta."

Clinton yang menghadiri majlis perasmian contoh rumah baru di sini, Khamis juga mengumumkan bantuan sebanyak RM1.49 juta untuk kerajaan Haiti dalam membantu usaha pembangunan semulan negara.

Haiti dilanda bencana gempa bumi teruk pada tahun 2010 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 225, 000 orang dan memusnahkan banyak infrastruktur negara ini.

Pada upacara itu Clinton yang merupakan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti menerima anugerah khas yang disampaikan oleh Presiden Haiti, Michel Martelly. -AFP

Artikel Lain