suria

Chavez Tadbir Negara Guna Twitter

CARACAS (Venezuela): Presiden Venezuela, Hugo Chavez menggunakan laman web sosial, Twitter sebagai medium untuk menguruskan negaranya semasa menjalani rawatan kanser di Cuba.

Lebih daripada 40 mesej ditaip beliau minggu ini untuk meluluskan dana projek pembersihan, memuji projek membina taman baru dan bersorak untuk pasukan bola sepak kebangsaan.

Chavez bagaimanapun tidak menyebut tentang rawatan kemoterapinya itu dan kebanyakan mesej beliau adalah komunikasinya dengan rakyat Venezuela.

Pemimpin itu mempunyai seramai 1.8 juta pengikut di akaun Twitternya malah beberapa mesej daripada beliau disiarkan dalam rancangan televisyen di Venezuela.

Chavez, 52, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser yang dihidapinya pada 20 Jun di Cuba namun beliau enggan menjelaskan apakah jenis kanser yang dihadapinya. -AP

Artikel Lain