Remaja Bunuh Ibu Bapa Kemudian Berparti Di Rumah - Dunia | mStar

Remaja Bunuh Ibu Bapa Kemudian Berparti Di Rumah

FLORIDA (Amerika Syarikat): Seorang remaja lelaki membunuh ibu bapanya kemudian membuat parti di rumah, demikian menurut pihak polis pada Isnin.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu memukul kedua-dua orang tuanya dengan tukul besi sehingga mati, dan mengajak kawan-kawan berparti di rumahnya sedangkan mayat ibu dan bapanya terlentang di bilik tidur.

Tyler Hadley didakwa dengan dua tuduhan membunuh dalam darjah pertama dan dia ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin di pusat tahanan juvana .

Menurut pihak polis pembunuhan berlaku pada hari Sabtu dan tidak diketahui sama ada tertuduh mempunyai peguam bela untuk mewakilinya.

Blake and Mary-Jo Hadley dipecayai dipukul dengan tukul besi di kepala dan badan mereka beberapa ketika selepas anak lelaki mereka mengingatkan rakan-rakannya di laman web sosial Facebook untuk hadir ke parti di rumahnya dekat West Palm Beach.

Penyiasat percaya bahawa mangsa diserang di luar bilik tidur utama rumah itu kemudian mayat mereka dipindahkan ke bilik yang lain dan pintu bilik itu dikunci.

Menurut jurucakap polis Port St. Lucie Police, Tom Nichols seramai 60 orang hadir ke parti pada malam kejadian. Bunyi bising dari parti tersebut menyebabkan aduan dibuat kepada pihak polis dan apabila beberapa anggota polis sampai ke rumah itu pada pukul 1.30 pagi Ahad untuk memberi amaran, parti telahpun menjadi lengang.

Kemudian polis memberitahu yang mereka menerima maklumat bahawa pembunuhan mungkin telah berlaku di rumah itu. Polis kemudiannya kembali ke rumah itu pada pukul 4.20 pagi dan menjumpai mayat mangsa yang ditutupi dengan tuala, fail, buku dan beberapa barangan rumah yang lain malah sebatang tukul besi dijumpai berada di antara dua mayat tersebut.

Mary-Jo, 47 merupakan seorang guru tadika dan Blake, 54 bekerja untuk sebuah syarikat bekalan tenaga.

Bedah siasat sedang dilakukan namun polis percaya kedua-dua ibu bapa malang itu meninggal dunia akibat trauma dipukul dengan senjata tumpul.

Menurut pihak polis, tertuduh tidak menamatkan persekolahannya dan motif pembunuhan masih tidak dapat disahkan. -AP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain