suria

Remaja Jerman Berusia 14 Tahun Bawa Pusing Ferrari Bapa

BERLIN: Seorang remaja lelaki Jerman berusia 14 tahun telah mencetuskan kekecohan selepas dia memandu keluar kereta Ferrari milik bapanya untuk bersiar-siar selama beberapa jam.

Keluarga remaja tersebut membeli kereta sports mewah itu pada harga AS$280,000 di sini pada pada Selasa telah kembali ke kediaman mereka di Sepanyol.

Polis berkata, apabila rakan kepada keluarga itu melihat kereta tersebut di jalanan dan kemudiannya mendapati remaja tersebut hilang dari rumah, dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku malah mengesyaki kemungkinan remaja tersebut telah diculik.

Bagaimanapun selepas satu operasi besar-besaran dilakukan, remaja tersebut telah kembali dan menyerahkan dirinya kepada polis.

Dia kini berhadapan dengan dakwaan memandu tanpa lesen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain