3,000 Anggota Pasukan Pengaman Kanada Tamatkan Perkhidmatan Di Afghanistan - Dunia | mStar

3,000 Anggota Pasukan Pengaman Kanada Tamatkan Perkhidmatan Di Afghanistan

KANDAHAR (Afghanistan): Kanada secara rasminya menamatkan perkhidmatan pasukan pengamannya di sini dengan membawa pulang 3,000 anggota tentera mereka yang sebahagian besarnya berpangkalan di bandar ini.

Seramai 157 anggota tentera Kanada telah terkorban sepanjang sembilan tahun perkhidmatan mereka di sini.

Kehadiran pasukan pengaman Kanada itu telah memakan belanja sebanyak AS$11 bilion (RM33 bilion).

Satu majlis penamatan tugas telah berlangsung di pangkalan udara tentera antarabangsa di sini.

"Kami berasa bangga dengan apa yang telah disumbangkan oleh pasukan tentera kami sepanjang sembilan tahun berkhidmat di sini," kata komander pasukan tentera Kanada di Afghanistan, Brigadier Jeneral Dean Milner dalam ucapannya di majlis penamatan tugas itu.

Pasukan pengaman Kanada pertama kali ditugaskan di sini pada awal 2002.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AS Tegah Palestin Minta Pengiktirafan PBB

Artikel Berkaitan

Artikel Lain