suria

Puak Dari Suku Terpencil Papua Serang Warga New Zealand

SYDNEY: Puak dari suku terpencik yang masih tinggal di dalam hutan tebal Papua New Guinea (PNG) telah memanah dan mencederakan seorang pengembara muda dari New Zealand dan rakan wanitanya dari Perancis.

Pasangan itu sedang mandi di sebatang sungai di kawasan puak nomad PNG dan lelaki New Zealand itu yang sedang menjalankan kajian antropologi telah dipanah ketika dia ke tebing untuk mengambil tuala.

"Kami menemui anak panah pada bahagian rusuk badan mangsa dan satu anak panah lagi pada perutnya," kata Delene Evans, dari sebuah badan sukarela Australian Doctors International, yang memberikan rawatan sehingga berjaya menyelamatkan nyawanya.

Puak itu juga didapati telah menghentak kepada penyelidik itu dengan batu.

Kejadian tersebut kata Evans berlaku pada 19 Jun lalu dan mereka berjaya membawa keluar pasangan itu dari tempat kejadian setelah rakan wanitanya berjaya menghubungi mereka.

Katanya, Australian Doctors International telah menjalankan kerja-kerja kesukarelaan di PNG selama lebih sembilan tahun dan ini adalah kejadian yang pertama seumpamanya berlaku kepada anggota mereka.

Kebanyakkan orang luar menemui maut di PNG bukanlah diakibatkan oleh serangan puak atau suku asli tetapi lebih kepada terdedah kepada serangan penyakit tropika seperti malaria dan sakit kuning.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain