suria

Tentera Pakistan Bunuh Lima Anggota Militan

PESHAWAR (Pakistan): Sekurang-kurangnya lima anggota militan terbunuh pada pagi Rabu apabila mereka menyerang satu pos kawalan berdekatan bandar ini, demikian menurut seorang jurucakap polis.

Serangan itu berlaku di pos kawalan Sarband dekat luar pekan Bara di daerah Khyber.

"Lebih daripada 30 orang militan melancarkan dua serangan ke pos kawalan polis dan menyebabkan lima orang daripada mereka terbunuh dan dua anggota polis tercedera," kata Pegawai Kanan Polis, Mohammad Ijaz kepada pemberita.

Tambahnya lagi, polis menjumpai mayat kelima-lima anggota militan itu dan mengesahkan juga jumlah kematian.

Peshawar merupakan jalan masuk utama ke wilayah barat laut Pakistan dan merupakan kubu kuat anggota pengganas Taliban dan Al-Qaeda malah serangan bom sering berlaku di kawasan itu.

Hampir 4,500 orang terbunuh di seluruh Pakistan dalam serangan yang didalangi Taliban dan beberapa kumpulan pelampau yang lain sejak tentera mengebom sebuah masjid di Islamabad pada tahun 2007. -AFP

Artikel Lain