Dua Serangan Bom Di Pakistan: 24 Terkorban - Dunia | mStar

Dua Serangan Bom Di Pakistan: 24 Terkorban

ISLAMABAD: Seorang pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah kedai roti dekat barat laut Pakistan dan mengorbankan 18 orang manakala satu serangan bom yang berasingan menyebabkan enam orang terbunuh.

Dua serangan itu merupakan yang terbaru dalam beberapa siri serangan bom yang berlaku di Pakistan sejak pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Menurut pihak polis, pengebom berani mati itu menyerang kedai roti tersebut yang bertempat di kediaman anggota tentera di pekan Nowshera.

Dua orang anggota tentera merupakan antara enam mangsa yang terbunuh dalam serangan itu.

Penyerang ialah seorang lelaki muda yang membawa lapan kilogram barang letupan yang apabila meletup menyebabkan beberapa silinder gas dalam kedai roti itu meletup.

Kemudian berlakunya kebakaran yang menyebabkan seramai 40 orang cedera parah, demikian menurut pegawai polis, Fazal Maula.

Terdahulu pada hari tersebut, sebutir bom yang meletup di satu perhentian bas di Matani mengorbankan enam orang dan mencederakan beberapa yang lain, kata pihak rasmi.

Bom itu dipasang di perhentian bas tersebut, satu cara serangan yang dilakukan selain serangan meletupkan diri.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas dua serangan tersebut namun kumpulan Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab ke atas beberapa siri serangan sebelum ini dengan alasan membalas dendam terhadap pembunuhan Osama dalam satu operasi tentera elit Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain