suria

AS Akan Kerahkan Kapal Tempur Pesisir Ke Singapura

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates berkata AS merancang mengerahkan kapal-kapal tempur pesisirnya ke Singapura dan mengakji cara-cara untuk bekerjasama dengan tentera Singapura.

"Di Singapura, kami akan terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala kami dalam konteks Perjanjian Rangka Kerja Strategik dan mengadakan lebih banyak operasi bersama.

"Terutama, dengan mengerahkan kapal-kapal tempur pesisir AS ke Singapura. Kami sedang mengkaji cara-cara lain untuk meningkatkan peluang untuk kedua-dua tentera kami berlatih dan beroperasi bersama," katanya pada sesi soal jawab selepas Sesi Pleno Pertama "Cabaran Keselamatan Yang Timbul di Asia-Pasifik" pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS Dialog Shangri-La di sini Sabtu.

Gates berkata AS sedang mengkaji mengubah kedudukan bekalan untuk mempertingkat respon terhadap bencana, menambah baik perintah dan kemampuan kawalan dan memperluas peluang latihan.

"Ini untuk membantu mempersiap pasukan kita menghadapi cabaran yang dihadapi kedua-dua tentera ketika beroperasi di Pasifik," tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain