suria

Pembunuhan Osama Peristiwa Penting - China

BEIJING: China menganggap pembunuhan Osama bin Laden sebagai satu peristiwa penting di dalam usaha memerangi keganasan dunia dan menyokong usaha Pakistan walaupun terdapat dakwaan pasukan keselamatan Pakistan melindungi individu paling dikehendaki itu.

Jurucakap Kementerian Luar Negara, Jiang Yu berkata pada Selasa bahawa kematian Osama dalam serangan hendap tentera Amerika Syarikat (AS) sebagai satu pencapaian positif dalam usaha menangani keganasan.

Menurut Jiang, keganasan adalah satu musuh masyarakat antarabangsa dan China juga telah menjadi mangsa.

Beijing mendakwa bahawa militan Islam yang sedang berjuang untuk kebebasan di wilayah barat laut Xinjiang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa.

China tidak meragui usaha Pakistan untuk memerangi keganasan malah mengatakan tindakan Pakistan telah membuktikan keberkesanannya dan ia adalah sumbangan yang penting kepada perjuangan sejagat.

Tentera China dan Pakistan mempunyai sejarah usahasama beberapa dekad lalu berdasarkan keraguan negara masing-masing terhadap negara jiran mereka iaitu India-AP

Artikel Berikut

Artikel Lain