suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Tidak Patut Rujuk Osama Sebagai Geronimo

WASHINGTON: Pegawai atasan Jawatankuasa Perhubungan Senat Indian membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kod nama "Geronimo" untuk merujuk Osama bin Laden di dalam operasi menghapuskan pemimpin al-Qaida itu.

Geronimo merupakan seorang ketua puak Apache pada abad ke-19 yang menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya menentang tentera Mexico dan AS sebelum menyerah diri pada tahun 1886.

Loretta Tuel yang merupakan seorang Pengarah Kakitangan dan Ketua Kounsel jawatankuasa terbabit berkata, AS tidak sepatutnya mengaitkan wira masyarakat peribumi Amerika itu dengan Osama iaitu salah seorang individu yang dikehendaki di dunia.

"Pengunaan nama ikon masyarakat peribumi Amerika yang tidak bersesuaian ini akan menjejaskan imej kami kepada generasi muda," jelas Tuell.

Menurut Tuell, penyalahgunaan nama Geronimo di dalam operasi ini akan diperbincangkan.

Seorang kolumnis dari akhbar Indian Country Today mengkritik penggunaan nama Geronimo yang merupakan seorang tokoh yang dihormati oleh ramai masyarakat peribumi Amerika.

"Nampaknya mempunyai seorang presiden berbangsa Afrika-Amerika tidak mencukupi untuk menghapuskan tradisi lama Amerika yang menganggap masyarakat peribumi sebagai musuh AS," lapor Newcomb.

Selepas Osama dibunuh, tentera menghantar mesej kepada Rumah Putih yang berbunyi "Geronimo EKIA" - musuh telah tewas dalam serangan (enemy killed in action).

"Ini merupakan satu cara lain untukk melabelkan peribumi Amerika sebagai pengganas," kata Paula Antoine dari puak Rosebud Sioux di Dakota Selatan.

Jurucakap Rumah Putih telah menujukan soalan mengenai perkara ini kepada Pentagon tetapi Jabatan Pertahanan enggan untuk memberi sebarang komen.-AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain