suria

Rejim Syria Tahan 1,000 Orang Dalam Operasi Terbaru

BEIRUT: Sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi manusia mendakwa pihak berkuasa Syria telah menahan lebih dari 1,000 orang dalam satu operasi keselamatan terbaru.

Ammar Qurabi, ketua Pertubuhan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Syria berkata badan itu mempunyai maklumat yang mengatakan terdapat lebih dari 1,000 orang dari seluruh wilayah Syria ditahan dalam operasi tentera dari rumah ke rumah sejak Sabtu lalu.

Dia juga pada Khamis mengatakan bahawa ramai yang telah dilaporkan hilang.

Presiden Syria, Bashar Assad bertekad untuk menghapuskan pemberontakan yang berlaku selama enam minggu terhadap kerajaan autokrasinya.

Sepanjang minggu lalu, beliau telah memperhebatkan usahanya untuk memerangi rusuhan yang berlaku.

Bashar juga telah menghantar tentera dan kereta kebal untuk mengatasi masalah itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain