suria

Anak Perempuan Osama Jadi Saksi Pembunuhan

ISLAMABAD: Pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama bin Laden menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali tersebut, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat. – Reuters

Artikel Lain