suria

Dua Lagi Terkorban, Mangsa Banjir Meningkat 50 Peratus

BANGKOK: Keadaan banjir di Thailand dilaporkan semakin buruk dengan dua lagi korban dilaporkan menjadikan jumlah 17 orang sementara mangsa banjir meningkat 50 peratus kepada 1.2 juta orang, Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Banjir dan Mitigasi Wiboon Sangaunpong berkata wilayah-wilayah Nakorn Ratcharisima dan Sara Buri masing-masing mencatatkan satu korban. Jumlah mangsa banjir ialah 1,280,344 orang hari ini berbanding 814,406 semalam.

Sejumlah lapan wilayah dilanda banjir sehingga ini menjadikan jumlah 29 di daerah Utara, Timur, Tengah dan Timur Laut.

Lapan wilayah ialah Kampangpet, Pratumtani, Nakornpratom, Uthaitani, Singburi, Chuntaburi, Chiangmai dan Nontaburi, kesemuanya dalam daerah Utara dan Tengah.

Beberapa bahagian tertentu di 17 lebuh raya di enam wilayah - Nakhon Ratchasima, Sa Kaew, Khon Kaen, Prachin Buri, Lopburi dan Ayutthaya tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Perkhidmatan keretapi dari Bangkok ke Den Chai, Chiang Mai, Phitsanulok, Sawankhalok, Takhli, Taphan Hin dan Udon Thani kini digantung. - BERNAMA

Artikel Lain