suria

Pemimpin Komanwel Pilih Pembiayaan Permulaan Segera Tangani Perubahan Iklim

PORT OF SPAIN: Para pemimpin Komanwel memberi sokongan jitu kepada pembiayaan permulaan segera bagi membantu negara-negara yang terjejas teruk menangani kesan buruk perubahan iklim.

Mereka mengeluarkan satu deklarasi mengenai perubahan iklim yang memasukkan cadangan Malaysia bahawa bantuan kewangan berkenaan diberikan dalam bentuk geran daripada pinjaman dengan kadar faedah rendah.

"Kebanyakan negaranegara terbabit mungkin mempunyai kadar hutang yang tinggi dan mempunyai keterbatasan untuk membayar pinjaman mereka. Oleh kerana itulah kami mengemukakan cadangan itu," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wartawan Malaysia pada akhir hari kedua Mesyuarat Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 di bandar pelabuhan Caribbean di sini.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ratu England, Ratu Elizabeth II pada Jumaat.

Malaysia turut mengusulkan bahawa syaratsyarat bagi menggunakan dana itu dikenakan pada tahap minimum.

Dalam deklarasi berkenaan, para pemimpin Komanwel menyambut baik inisiatif untuk mewujudkan Dana Pelancaran Copenhagen pada 2010 dan meningkatkan sumber kewangan pada US$10 bilion setahun menjelang 2012 sebagai sebahagian daripada perjanjian perubahan iklim yang menyeluruh.

Menurut para pemimpin itu, penggunaan pembiayaan permulaan segera perlu menumpukan kepada negaranegara yang paling mudah terjejas.

"Kami menyambut baik satu cadangan untuk segera menyediakan pengeluaran bantuan cepat kepada negaranegara kepulauan kecil dan negaranegara yang mempunyai perairan pantai yang rendah sekurangkurangnya 10 peratus daripada jumlah dana," kata mereka.

Mereka turut mengenal pasti keperluan akan penyaluran pembiayaan lanjutan, khusus dan setara bagi membantu negaranegara miskin dan paling mudah terjejas untuk membolehkan negara berkenaan menghadapi dan menyesuaikan keadaan berikutan kesan buruk perubahan iklim.

Persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) akan diadakan di Copenhagen bulan depan untuk mencapai persetujuan bagi menggantikan Protokol Kyoto 1997.

Najib berkata para pemimpin Komanwel yang berhimpun di Port of Spain percaya satu persetujuan yang terikat daripada segi undang-undang antarabangsa adalah penting.

Perdana Menteri berkata :"CHOGM berpendapat perjanjian seumpamanya perlu dicapai tidak lewat dari tahun 2010".

Dalam deklarasi itu, para pemimpin Komanwel berkata perjanjian di Copenhagen mestilah menangani keperluan mendesak negaranegara sedang membangun dengan menyediakan pembiayaan, sokongan bagi adaptasi, pemindahan teknologi, pembinaan keupayaan, pendekatan dan insentif bagi mengurangkan pelepasan gas hijau akibat kegiatan penerokaan dan penebangan hutan, dan bagi penghutanan serta pengurusan mapan hutan.

Mereka berkata negaranegara membangun perlu terus menerajui untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksid manakala negaranegara membangun, berasaskan kepada keadaan negara masingmasing, perlu mengambil tindakan untuk mencapai sejumlah penyisihan pelepasan gas hijau yang meliputi sokongan kewangan dan teknikal serta juga dibantu dengan pembinaan keupayaan dan teknologi.

Menjawab satu soalan, Najib berkata beliau belum lagi memutuskan sama ada akan menghadiri atau tidak Sidang Kemuncak Copenhagen berikutan satu permohonan daripada penganjur.

Beliau berkata Malaysia akan menghantar Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas menghadiri perbincangan mengenai perubahan iklim itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain