suria

Malaysia dilantik Timbalan Pengerusi Unesco

KUALA LUMPUR: Malaysia dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsabangsa Bersatu (Unesco) pada mesyuarat Konvensyen Memelihara Kebudayaan dan Warisan Dunia Asli ke-17 di Paris semalam.

Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara Datuk Prof Emeritus Zuraina Majid berkata Malaysia dilantik sebulat suara oleh lebih 180 negara anggota Unesco.

"Malaysia yang mewakili beberapa negara Asia Pasifik diberi penghormatan itu kerana aktif menyumbang dalam beberapa mesyuarat Unesco, di samping beberapa tapak warisan dalam negara diiktiraf badan dunia itu sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Prof Emeritus Zuraina berkata rakyat harus berbangga dengan pengiktirafan itu memandangkan Malaysia adalah sebuah negara kecil berbanding negara anggota lain di Asia Pasifik seperti Jepun, Thailand, Filipina, China, Indonesia dan Australia.

Beliau berkata konvensyen itu penting kerana ia antara lain membincangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengangkat martabat warisan dunia selain untuk memilih 12 daripada 21 Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia yang masih belum diisi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain