suria

Presiden Susilo mahu EPG berfungsi sebagai isu budaya

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mahu Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia-Malaysia berperanan menangani permasalahan antara keduadua negara termasuk dalam isu-isu berkaitan hak cipta dan karya budaya. Ketika mengulas isu tuduhan terhadap Malaysia yang didakwa menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam iklan promosi pelancongannya, beliau berharap di masa depan kerajaan Malaysia memberi lebih perhatian menjaga perasaan rakyat Indonesia bagi menjalin hubungan baik.

"Eminent Persons Group (Kumpulan Tokoh Terkemuka) itu boleh difungsikan untuk mencegah halhal yang begini. Ini harapan saya, dengan semangat, sekali lagi, menjaga dan memelihara hubungan baik." katanya pada sidang media di sini Selasa, ketika membuat ulasan yang pertama kali menyentuh isu berkaitan budaya sejak lima tahun memegang jawatan presiden.

Beliau berkata protes yang dilakukan pemerintah Indonesia, tidak berlebihan kerana hal serupa itu sudah terjadi beberapa kali dan menegaskan bahawa ulasannya itu tujuannya untuk kebaikan di masa depan.

Presiden itu berkata Indonesia dan Malaysia mampu menangani dan mencapai kemajuan yang baik dalam isu tenaga kerja, dengan warga negara Indonesia yang bekerja dalam pelbagai bidang di Malaysia kini berjumlah 1.8 juta orang.

"Ini juga masalah yang sensitif, banyak muncul masalahmasalah yang berkaitan tentang itu. Tetapi ada kemajuan yang baik, yang kita kerjasamakan di antara kedua pemerintah, Indonesia dan Malaysia," kata Susilo, yang baru-baru ini menang dalam pilihan raya, mengekalkan jawatan presiden bagi penggal kedua 2009-2014. Jika kerjasama bagi menangani isu tenaga kerja dapat dilakukan, beliau berharap isuisu berkaitan kebudayaan, hak cipta dan karya bangsa juga dapat diberi perhatian menjaganya dengan niat baik dan tidak menjejaskan hubungan keduadua negara.

Kelmarin, Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Indonesia, Amran Mohamed Zain ketika menjelaskan kedudukan isu tarian Pendet dalam klip video itu kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia Jero Wacik, menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak terlibat berkaitan pembuatan klip video itu.

Syarikat swasta yang berpejabat di Singapura itu dikatakan sudah menulis surat penjelasan berkaitan kemunculan tarian Pendet dalam klip video itu kepada Jero Wacik. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain