suria

Kes H1N1 di Singapura lepasi paras 700 kes

SINGAPURA: Singapura semalam mengesahkan 72 lagi kes baru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan ialah 701, menurut Kementerian Kesihatan.

Dalam maklumat terkininya, kementerian itu berkata sehingga kini kebanyakan kes adalah lemah dan setakat ini, 281 pesakit pulih sepenuhnya manakala bakinya pula sedang beransur sembuh.

Kementerian itu menasihati warga Singapura supaya meneruskan aktiviti harian mereka sambil mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa, dan jika tidak sihat, mereka perlu berjumpa doktor, menjauhkan diri dari tempat kerja, sekolah atau tempat tumpuan orang ramai, dan berehat di rumah.

Siasatan masih dijalankan ke atas 72 kes baru itu, katanya, sambil menambah daripada 64 kes yang disiasat semalam, terdapat 42 kes tempatan dan 22 kes import. BERNAMA

Artikel Lain