suria

Selesema babi: WHO naikkan tahap amaran, lebih 140 kematian di Mexico

TOPENG BERHIAS... Seorang warga Mexico menggunakan topeng perlindungan nafas ekoran jangkitan virus selesema babi di negara itu yang dipercayai telah mengorbankan lebih 140 orang setakat ini. - foto AP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan untuk menaikkan tahap amaran pandemik selesema babi satu lagi peringkat - ke tahap keempat - dua lagi langkah sebelum diisytiharkan sebagai pandemik sepenuhnya.

Tahap keempat bermakna wujud elemen jangkitan dari manusia ke manusia, sekurang-kurangnya di satu negara.

Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan memutuskan langkah itu selepas perundingan kecemasan membabitkan pakar-pakar kesihatan dari seluruh dunia semalam.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda pula berkata, "buat masa sekarang tindakan menahan (mengehadkan pergerakan) bukan satu langkah yang sesuai" memandangkan virus ini sudah pun merebak ke beberapa buah negara.

Pertubuhan itu sudah mengesahkan kes jangkitan di kalangan manusia di Mexico, Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol.

Hanya Mexico yang telah merekodkan kematian akibat selesema babi di mana sudah pun mencecah lebih 140 orang. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain