suria

Anak diculik 14 tahun lalu bertemu kembali ibu selepas mesej di Facebook

VENCES-SALGADO (kiri) memberitahu CPD bahawa dia dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku sebagai anak perempuannya yang hilang pada10 September lalu. — Agensi

SEORANG remaja yang diculik 14 tahun lalu akhirnya berjumpa dengan ibu kandungnya selepas berhubung menerusi fungsi mesej aplikasi sosial media, Facebook.

Remaja berkenaan, Jacqueline Hernandez, 19 menghubungi ibunya Angelica Vences-Salgado melalui Facebook awal bulan ini dan memberitahunya bahawa dia kini tinggal di Mexico.

Pertemuan pertama kali anak beranak itu berlaku di sempadan Amerika Syarikat-Mexico pada Isnin. Mereka kemudian mengadakan acara keraian di Texas seminggu kemudian.

Berdasarkan siaran akhbarJabatan Polis Clermont (CPD), Pada 2 September 2021, ibu remaja itu, Vences-Salgado memberitahu CPD bahawa dia dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku sebagai anak perempuannya yang hilang.

"Dia mendedahkan bahawa wanita itu memintanya berjumpa di pintu masuk ke Amerika Syarikat di Laredo, Texas pada 10 September 2021.

"Susulan laporan itu, pasukan polis di Florida dan Texas dan penyiasat dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyusun rancangan untuk mengendalika pertemuan dan mengesahkan identiti Hernandez," katanya.

Tambahnya, berdasarkan siasatan, pegawai mengesahkan dokumen yang disediakan oleh pelbagai agensi yang terlibat dan menyimpulkan bahawa remaja itu merupakan anak perempuan Vences-Salgado yang hilang.

Berita penculikan Hernandez ketika berusia enam tahun dilaporkan pada 22 Disember 2007.

Dia diculik dari rumahnya di Clermont, Florida, oleh ayahnya Pablo Hernandez.— Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

culik, pertemuan, facebook, ibu, anak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain