suria

Berkeliaran pakai topeng, pegang pisau...'Pembunuh bersiri' beraksi di pantai Texas

LELAKI yang berpakaian seperti Michael Myers itu dikenal pasti sebagai peguam bernama Mark Metzger. — Agensi

SEORANG lelaki bertopeng dengan pakaian seperti watak pembunuh Michael Myers dari filem seram "Halloween" dilihat berkeliaran di pantai Galveston, Texas, Amerika Syarikat pada Isnin.

Lelaki berkenaan juga dilihat memegang pisau berlumuran darah ketika berjalan di persisir pantai yang ketika itu dilanda ribut tropika Nicholas.

Curiga dengan kemunculan lelaki itu, penduduk tempatan bertindak menangkap lelaki berkenaan.

Berita tentang lelaki itu juga menjad tular menerusi satu hantaran video di media sosial Twitter.

Dalam hantaran itu, lelaki berkenaan dipaparkan memerhatikan ombak yang menghempas pantai.

Wartawan dari ABC13, Mycah Hatfield melaporkan, lelaki itu kemudian ditangkap polis dan dikenal pasti sebagai peguam bernama Mark Metzger.

Menurut Metzger, dia sebenarnya sengaja melakukan demikian sebagai gurauan dalam badai yang melanda negeri itu namun, tidak semua menganggap ia lucu.

"Saya tidak fikir mereka sangat menghargainya. Saya rasa ada orang di luar sana yang tidak mempunyai rasa humor atau tidak dapat menggembirakan mereka semua.

"Rasanya seperti adegan dari siri Scooby-Doo setelah mereka menangkap dan menarik topeng yang saya pakai," katanya.

Sementara itu, polis Galveston memberitahu ABC13 bahawa Metzger yang ditahan kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu telah dibebaskan.

Bagaimanapun, lelaki itu mempersoalkan apakah aksi yang dia lakukan itu salah di sisi undang-undang.— DailyStar

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI

Michael Myers, Halloween, Texas

Artikel Lain