Mosti Lulus Lebih 100 Projek Bernilai RM20 Juta

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 3:30 PM

Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) meluluskan lebih 100 projek bernilai RM20 juta di bawah Dana Inovasi Sosial Mosti (MSI) sejak diperkenalkan pada April tahun lepas.

Timbalan Menteri Mosti Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata antara projek yang diluluskan ialah dalam sektor pertanian, teknologi dan pendidikan.

"Dana itu yang merangkumi semua 28 agensi di bawah kementerian tersebut  disasarkan untuk membantu komuniti tempatan mengguna pakai teknologi baharu dan meningkatkan produktiviti mereka.

"Jumlah maksimum pembiayaan bagi projek MSI terhad pada RM500,000 dan  RM20 juta lagi dijangka disuntik ke dalam dana itu tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Genom Tanaman Ketiga Asia di sini, Isnin.

Kongres selama dua hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Global Engage Ltd dari UK dengan secara kerjasama bersama Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd dan Mosti.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Bakar berkata pindahan pengetahuan dan dasar strategik penting ke arah penggunaan berkesan teknologi genom dalam pertanian, terutamanya bagi meningkatkan pembakaan tanaman dan pengeluaran sawit, getah dan koko, yang memiliki nilai ekonomi tinggi.

"Para penyelidik, pemain industri dan institusi kewangan harus berganding bahu dengan komuniti perladangan dan pembakaan tanaman dan bergiat aktif dalam pindahan pengetahuan agar sektor pertanian dapat berkembang maju menerusi kemajuan genom tanaman.

"Bagi mendapatkan manfaat daripada genom tanaman, kerajaan di seluruh dunia perlu menyediakan dasar yang sesuai, yang mana institusi penyelidikan perlu mempunyai penyelidikan strategik berasaskan kepada keperluan dan keutamaan sesebuah negara," katanya. 

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan