suria

Nak beli asyik ’sold out’, kuih kaswi pandan tiba-tiba viral... Ini rupanya resipi orang berniaga, ‘guarantee’ jadi!

Kaswi pandan mudah dilakukan. -Gambar Zaidah Ibrahim

SEKALI pandang, pasti anda tidak menyangka hidangan cantik berwarna hijau yang kelihatan seperti bunga ini adalah kuih tradisional kaswi.

Iyalah, kebiasaannya ia berwarna coklat yang diselaputi kelapa parut.

Disebabkan warna, tekstur dan bentuknya yang berubah, kuih kaswi tiba-tiba menjadi tular di media sosial sehingga ramai yang berkongsi teknik pembuatannya.

Jika anda ingin mencubanya di rumah, ini resepi yang paling mudah untuk dilakukan.

Seperti perkongsian Zaidah Ibrahim, hanya beberapa bahan sahaja diperlukan.

Kuih kaswi lebih kenyal dan cantik.

Kuih kaswi lebih kenyal dan cantik. -Gambar hiasan Zaida Ibrahim

Bahan-bahannya:

450g air pandan

50g santan

120g tepung ubi

180g gula

100g tepung gandum

1 1/2 sudu teh air kapur

1/2 sudu teh garam

Bahagian kelapa:

1 biji kelapa parut

1 sudu teh garam

Acuan yang digunakan untuk membuat kaswi pandan.

Acuan yang digunakan untuk membuat kaswi pandan. -Gambar hiasan Zaida Ibrahim

Cara penyediaan:

1. Masak air pandan bersama gula. Tak perlu mendidih, cukup sekadar gula larut.

2. Satukan tepung ubi, tepung jagung dan garam. Ratakan terlebih dahulu.

3. Tuangkan air pandan yang disejukkan dan gaul bersama tepung dan santan.

4. Masukkan air kapur dan kacau rata.

5. Selepas air mendidih boleh kukuskan adunan yang ditapis. Pastikan setiap acuan yang digunakan disapu minyak.

6. Kukus selama 20 minit.

7. Apabila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

8. Letakkan kelapa parut yang dicampur garam di bahagian tengah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain