Sempena Deepavali, apa kata cuba buat sendiri muruku - Resipi | mStar

Sempena Deepavali, apa kata cuba buat sendiri muruku

Devi Murugappan berpengalaman luas dalam memasak muruku enak setiap kali sambutan Deepavali.

AHAD ini masyarakat India akan menyambut Deepavali dan pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke rumah kenalan bagi sama-sama meraikan perayaan itu.

Sudah tentu, tumpuan utama nanti adalah makanan istimewa termasuklah hidangan wajib iaitu muruku.

Apa kata tahun ini anda cuba sendiri buat muruku dan dibawa sebagai hadiah kepada rakan-rakan beragama Hindu.

Muruku bukan sahaja makanan tradisi masyarakat India tetapi kegemaran rakyat Malaysia.

Bahan-bahannya:

(Bahan untuk ditumbuk kasar)

1/2 sudu makan jintan manis

1/2 sudu makan biji carom

(adunan doh)

600g tepung beras

200g tepung urad dhal

100g mentega

3 sudu makan biji bijan putih

3 sudu makan garam

Air panas secukupnya

Muruku perlu digoreng dalam minyak yang banyak tetapi api sederhana sehingga keemasan. 

Cara-cara membuatnya:

Campurkan jintan manis, biji carom, tepung beras, tepung urad dhal, mentega, biji bijan dan garam dalam sebuah bekas dan gaulkan.

Didihkan 1 liter air (anggaran) dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul menggunakan sudip kayu.

Setelah doh sejuk, gunakan tangan untuk menguli, tambah air jika perlu sehingga doh menjadi tebal serta tidak basah dan melekit.

Bentukkan muruku menggunakan acuan muruku sebelum digoreng dalam minyak dengan api sederhana sehingga ia keemasan.

Selepas diangkat, biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Muruku , Deepavali , Resepi

Artikel Berikut

Smoothie Avokado, sesuai buat yang diet

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain