suria

Tukang landskap seram jumpa lipan besar, bungkusan tulang! Pemilik rumah tenang, dah lama tahu sihir dihantar sebab konflik harta

Anan berkata pelanggannya tahu dia disihir oleh ahli keluarganya sendiri.

AMALAN sihir, walau ditegah agama masih diamalkan oleh segelintir individu dalam dunia moden hari ini.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Anan Adli berkongsi kisah tentang rumah pelanggannya yang ditanam dengan barang-barang sihir.

"Terjumpa alat sihir ketika buat landskap. Kat mana berlaku, bila, siapa tuan rumah, biarlah hanya kami yang tahu. Bukan untuk mengaibkan. Tapi supaya memberi iktibar dan pengajaran untuk kita semua.

sihir2

Perbuatan sihir bertentangan dengan ajaran Islam. -Gambar hiasan

"Sedang khusyuk mencangkul, ada keluar seekor lipan besar dari bawah pokok. Badan warna merah. Kepala warna oren. Tak pernah kami jumpa lipan sebesar itu sebelum ini.

"Atas faktor keselamatan kami terpaksa membunuh lipan itu. Cangkul punya cangkul di tempat lipan tu, kami jumpa kain kelabu yang digulung bentuk bunjut dalam tanah," ujarnya memulakan cerita.

Menurut Anan, dia memaklumkan hal tersebut kepada pelanggannya, namun wanita itu langsung tidak bimbang apatah lagi menunjukkan rasa terkejut.

Dari cerita pelanggan, sihir tu macam dari ahli keluarga sendiri. Sebab ada konflik pasal harta.

ANAN ADLI

"Sambil minta perlindungan Allah dan baca ayat Kursi, kami buka bungkusan itu. Di dalamnya ada sebatang paku berkarat dan sebiji benda yang keras berbentuk seperti biji getah.

"Lalu saya panggil pelanggan dalam rumah. Reaksi dia tak berapa terkejut. Dia hanya cakap oh awak jumpa lagi ya? Lepas tu dia buka cerita lama. Kami hanya dengar sambil buat kerja.

"Rupanya dia pernah terjumpa bungkusan yang ditanam, dipercayai untuk menyihirkannya sebelum ini di dalam kawasan rumah juga. Masa tu lama dia sakit dan menderita. Lalu dia buang bungkusan tu dalam laut dan kembali sihat seperti biasa," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Meracau ketika dirawat, ustaz dedah TikToker terkena sihir Siam! Terus sakit selepas insiden bergaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa botol di celah batu pantai, ada beras dan foto lelaki... Ramai cuba rungkai misteri - “Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu”

Menurut Anan, pelanggan itu kemudian meminta dia membuat kerja tambahan untuk memasang rumput di kawasan pintu masuk kediaman.

Apa yang mengejutkan, Anan mendakwa dia sekali lagi menemui bungkusan aneh, namun kali ini mengandungi tulang.

"Cangkul-cangkul sekali lagi jumpa bungkusan. Kali ni lagi seram. Sebab ada tulang temulang dalam plastik dan lagi satu bungkusan kecil yang lembik, warna putih macam kapur barus atau tepung.

sihir3

Kadang-kala sihir juga dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. -Gambar hiasan

"Di dalamnya ada benda keras tu juga. Kali ni kami tak berani buka, tulang apa kami tak tahu. Kami inform juga kepada pelanggan. Sekali lagi reaksi dia tak terkejut. Dia cakap aunty reda dan serah pada Allah.

"Dari cerita pelanggan, sihir tu macam daripada ahli keluarga sendiri. Sebab ada konflik pasal harta," ceritanya lagi.

Perkongsian cerita oleh pemilik perniagaan Artificial Grass by Anan itu meraih lebih 40,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik rumah itu dan mereka turut menitipkan doa agar dia sentiasa dalam perlindungan Allah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain