suria

5 kesilapan biasa penggunaan kad kredit... Sedar-sedar tak mampu bayar hutang bertimbun, akhirnya muflis

Ramai yang muflis disebabkan kesilapan penggunaan kad kredit. -Gambar hiasan

KAD kredit sememangnya memudahkan urusan jual beli, malah amat senang diperolehi pada masa kini.

Namun begitu, ia menjadi punca kebanyakan masyarakat diisytiharkan muflis kerana kesilapan dalam penggunaan.

Sedangkan jika anda menggunakannya secara berhemah, pelbagai manfaat akan diperoleh termasuk tawaran pakej pelancongan, diskaun mahupun rebat tunai.

Menerusi hantaran di laman X, Nik Shariff atau lebih dikenali sebagai Pok Su berkongsi lima kesalahan yang sering dilakukan pemilik kad kredit sehingga akhirnya terbeban dengan hutang.

1. Lambat membuat bayaran balik

Kredit kad mempunyai caj kelewatan bayaran yang tinggi.

Sekiranya terlewat membuat bayaran, pastinya akan menjejaskan skor kredit anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelabah diisytihar muflis, lelaki cuba langsaikan hutang tapi ditegah pengurus bank... Umur 50 tahun baru tahu sebabnya

2. Memaksimumkan 'credit limit'

Ramai yang gemar menggunakan 'credit limit' sehingga tahap maksimum.

Mungkin pada asalnya anda beranggapan boleh membuat bayaran balik, namun percayalah, ramai yang terkandas di kemudian hari kerana amaun yang digunakan terlalu tinggi.

Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan 30 peratus daripada had hutang anda.

3. Bayar minimum sahaja

Kebanyakan yang mengalami masalah tunggakan bayaran sehingga disenarai muflis adalah mereka yang sering membuat bayaran minimum.

Maklumlah, selepas buat bayaran minumum, ramai yang akan terus menggunakan kad kredit sehinggakan tunggakan bayaran tidak berkurang.

Pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

Pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

4. Ambil tunai kredit

Sebilangan pengguna kad kredit akan mengambil wang tunai kerana memerlukannya.

Tahukah anda bahawa, 'cash advance' daripada kad kredit akan melibatkan caj pengurusan dan kadar bunga yang tinggi.

5. Mengabaikan penyata tentang kesilapan dan penipuan

Kebiasaannya pengguna kad kredit enggan menyemak penyata yang dikeluarkan.

Maka tidak hairanlah ada yang terlepas pandang tentang transaksi mencurigakan walaupun sekadar nilai sen.

Oleh itu, anda perlu menjadi pengguna kad kredit yang berhemah dengan menyemak penyata dan terus membuat aduan sekiranya terdapat transaksi mencurigakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain