suria

Koleksi eksklusif Vans peringati legenda muzik David Bowie

Jenama kasut Vans melancarkan koleksi bagi memperingati penyanyi legenda, David Bowie yang meninggal dunia pada 2016.

JENAMA kasut terkenal Vans meneruskan legasi penyanyi legenda David Bowie apabila melancarkan koleksi The Vans X David Bowie bermula 5 April (hari ini).

Menariknya, koleksi itu bukan sahaja dalam bentuk kasut malah Vans turut melancarkan barangan lain seperti baju T dan topi yang diinspirasikan daripada imej ikonik David.

Ia termasuk menggunakan kulit album daripada tahun 1960-an sehingga kini seperti Blackstar, Aladdin Sane, Space Oddity, Hunky Dory dan banyak lagi dalam menghasilkan koleksi itu.

Selain kasut, Vans turut melancarkan Baju T dan topi menerusi koleksi eksklusif itu. 

Bagi koleksi kasut, Vans menterjemahkan koleksi itu pada model Slip-On 47 V DX, Era, Old Skool, dan Sk8-Hi cukup menyerlah dalam melambangkan identiti David yang cukup meriah dan luar biasa.

Tidak cukup dengan itu, syarikat rakaman David turut melancarkan demo dan lagu yang tidak pernah dikeluarkan oleh mendiang sebelum ini  dalam sebuah album berjudul Spying Through a Keyhole.

Untuk rekod David meninggal dunia pad 10 Januari 2016 selepas menderita kanser hati.

View this post on Instagram

Vans x @DavidBowie coming soon. vans.com/bowie

A post shared by vans (@vans) on

David Bowie, Vans

Artikel Lain