suria

Jangan beri alasan! Banyak senaman boleh dibuat sambil lakukan kerja rumah

Melakukan kerja-kerja rumah juga boleh dianggap sebagai senaman ringan di rumah.

PELBAGAI kerenah dapat dilihat sepanjang rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.

Ada yang mengisi masa terluang melayan ragam anak-anak, melayan haiwan peliharaan, bercucuk tanam di laman rumah, malah ada juga yang melakukan aktiviti bersenam.

Walau apa sahaja yang kita lakukan, paling penting pastikan sistem peredaran darah kita berjalan baik. Jika anda asyik terbaring melayan televisyen, terus makan tanpa had atau mengadap telefon bimbit sepanjang hari, ia tidak begitu baik untuk kesihatan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda perlu bijak hadapi tempoh PKP... elak gangguan mental

Ada juga yang ambil mudah mengenai senaman ringan yang sepatutnya perlu menjadi rutin harian anda.

Sikap suka menanggguh

‘Malaslah’, ‘nantilah’ antara perkataan yang sering kita dengar apabila diajak bersenam.

Sikap suka menangguh ini akhir memakan diri sendiri apabila merungut tentang berat badan atau ada masalah kesihatan yang lain.

Pergerakan ketika melaku kerja-kerja rumah boleh dikategorikan sebagai senaman ringan.

Bersenam

Tidak perlu pening kepala jika ingin bersenam. Malah tidak perlu juga peralatan latihan seperti anda berada di gimnasium.

Hanya dengan melakukan beberapa pergerakan fizikal, ia boleh dianggap sudah bersenam.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin sebelum ini pernah berkongsi cara membuat kerja rumah sebagai senaman yang hebat di Facebooknya.

Kalau anda boleh tingkatkan kecergasan semasa membuat kerja rumah sehingga degupan jantung menjadi bertambah laju, pernafasan lebih mendalam sehingga anda tidak boleh bernyanyi-nyanyi semasa berkerja, selama 20-30 minit sehari, inilah senaman.

Antaranya:

Semasa mop lantai, sapu sampah atau vacuum, boleh buat forward lunges dan backward lunges.

Semasa sapu habuk di permukaan almari atau menjemur baju atau seterika baju, boleh buat squad.

Anda boleh selang-seli kerja rumah dengan melakukan senaman ringan.

Semasa basuh pinggan atau memasak, boleh buat calf raises.

Sambil kutip sampah, atau tunggu masakan masak, atau tunggu mesin basuh baju berhenti, atau sambil lipat baju, boleh buat plank dan jumping jacks.

Semasa mengemas katil, boleh buat tricep dips.

Sambil lipat baju juga boleh buat senaman Kagel dan abdominal twists.

Jadikan kerja rumah senaman anda!

Senaman Mudah, Kerja Rumah, PKP

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan