suria

Ramai resah Covid-19 jejaskan bisnes, apa kata ketahui manfaat kempen SOS

Kempen Save Our Shop (SOS) diperkenalkan AirAsia bagi membantu peniaga meneruskan kelangsungan perniagaan mereka pada waktu sukar ini.

PENULARAN wabak Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia telah menjejaskan banyak bidang termasuk peniaga tempatan dan kecil-kecilan yang bergantung harap kepada perniagaan sebagai punca pendapatan mereka.

Menyedari akan hal itu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group (AirAsia) memperkenalkan kempen Save Our Shop (SOS) bagi membantu peniaga meneruskan kelangsungan perniagaan mereka pada waktu sukar ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam ada! Jom cuba cabaran di media sosial, isi masa terluang sepanjang PKP

Pengerusi AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun memberitahu kempen itu akan menggunakan sumber yang dimiliki termasuk platform e-dagang jemana itu, OURSHOP bagi memberi ruang kepada peniaga memasarkan produk mereka kepada pelanggan.

Tidak hanya itu, Kamarudin berkata, setiap produk yang terjual menerusi OURSHOP juga akan menggunakan cabang logistik AirAsia iaitu Teleport untuk tempahan dihantar terus kepada pelanggan.

Pelbagai produk yang boleh dijual menerusi OURSHOP.

Apa sebenarnya kebaikan kempen ini?

1. Peruncit boleh mendaftar tanpa komisyen dan tanpa fi penyenaraian untuk memasarkan produk mereka di OURSHOP sepanjang April.

Bagaimanapun, peruncit perlu bertanggungjawab ke atas caj transaksi perbankan sebanyak dua peratus untuk setiap jualan yang dibuat.

2. OURSHOP dan Teleport adalah penyelesaian kepada situasi ketika ini. 

Kempen ini dapat meluaskan jangkauan produk anda dan Teleport akan membantu mengurangkan jurang perkhidmatan penghantaran yang terhad dalam keadaan semasa ini.

3. Selain daripada komisyen sifar, peruncit akan dapat memanfaatkan jumlah trafik yang tinggi di laman web airasia.com.

Peruncit juga boleh mendapat manfaat daripada kepakaran e-dagang OURSHOP dan infrastruktur logistik Teleport.

4. Terdapat pelbagai produk seperti barangan runcit, keperluan harian, makanan dan minuan, produk kecantikan serta barangan isi rumah.

5. Peniaga tempatan yang berminat untuk menjadi peruncit boleh mendaftar di www.ourshop.com/seller.

Artikel Lain