RAMAI individu lebih menitikberatkan kasut yang mahal dan selesa, tetapi terlupa bahawa stoking memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan kaki.Malangnya, masih ramai yang tidak menganggap ia penting untuk ditukar setiap hari. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sayang sangat kasut lama, kena tukar setiap 12 bulan elak sakit kakiJangan terkejut, ada yang memakai stoking kerja yang sama selama lima hari berturut-turut.Walaupun ia nampak seperti perkara kecil, hakikatnya tabiat ini boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan kaki. Disarankan menukar stoking setiap hari jika memakainya bersama kasut tertutup untuk tempoh lama. -Gambar hiasanBerikut mStar senaraikan empat sebab utama kenapa anda perlu menukar stoking kerja setiap hari:1. Kurangkan pertumbuhan kulat dan bakteriaStoking yang dipakai lama akan menjadi lembap dan gelap akibat peluh kaki, yang menyediakan persekitaran ideal untuk kulat tumbuh.2. Elak bau kurang menyenangkanBayangkan apabila peluh dan stoking lembab bergabung, semestinya bau kaki benar-benar 'menyengat'.Sebelum keluar bau, sebaiknya tukar stoking setiap hari.3. Menjaga keselesaan kakiMenukar stoking setiap hari membantu kaki kekal kering, sejuk dan selesa.Jika stoking dipakai lebih dari sehari, fabrik boleh menjadi keras/tidak menyerap dengan baik4. Memelihara kesihatan jangka panjangBagi individu yang mempunyai aliran darah kurang baik, diabetes atau masalah kulit, menjaga kebersihan kaki adalah kritikal.Salah satu cara penjagaannya termasuklah memilih stoking yang kering setiap hari.Stoking yang kotor hanya akan memburukkan keadaan lebih-lebih lagi jika kaki anda mempunyai luka.