suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba ikhtiar ini jika rumah alami gangguan makhluk halus... Lebih 'berdiplomasi', guna 2 bahan sahaja

Bahan utama yang sering digunakan untuk menghalau makhluk halus.

GANGGUAN makhluk halus sering dibicarakan sejak zaman berzaman.

Meskipun sukar dibuktikan, namun mereka yang mengalaminya cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang tidak diingini atau mengalami sakit misteri.

Susulan itu, pelbagai amalan dan cara 'diperturunkan' generasi terdahulu bagi tujuan menghalang gangguan makhluk halus di rumah.

Perkara sama turut dikongsikan mitch_serunaifaqir di laman TikTok miliknya.

Menurutnya, amalan tersebut dikongsikan oleh gurunya bagi membantu menghindarkan entiti ghaib yang berada di dalam rumah menerusi cara yang lebih 'berdiplomasi'.

Bahan-bahan:

1. Kulit bawang putih

2. Cili kering

Cara lakukannya:

1. Kumpul kesemua kulit bawang putih dan cili kering dalam satu bekas atau tin.

2. Kemudian bakar dan perasap seluruh ruang rumah. Bakar sikit demi sedikit kerana anda hanya memerlukan asap sahaja.

3. Waktu yang sesuai untuk melakukannya adalah selepas Asar.

4. Pastikan pintu dan tingkap dibuka luas.

5. Bakar dalam tempoh setengah jam atau satu jam dan tutup semula pintu dan tingkap rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain