suria

Bertahun-tahun isu geran bertindih tak selesai? Peguam ajar 4 langkah ‘gempur’ pejabat tanah

Masalah geran bertindih bukanlah perkara baharu. -Gambar hiasan

ISU geran tanah bertindih bukanlah perkara baharu yang membelenggu segelintir masyarakat.

Malah sebelum ini tular di media sosial apabila pelakon Amar Baharin turut berhadapan isu sama dan sudah menunggu selama 10 tahun bagi menanti penyelesaian tentang pertindihan geran tanah milik ibunya.

Terkini, seorang wanita meluahkan perkara sama di Facebook Tanya Peguam selepas membeli tanah daripada adik-beradiknya.

Malah kata wanita ini, dia hanya mengetahui masalah pertindihan geran berlaku semasa ingin membuat pertukaran nama.

Proses yang melibatkan jangka masa panjang itu menyebabkan kebanyakan pemilik dan pewaris buntu dengan tindakan lanjut yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses.

Perbalahan sering terjadi disebakan urusan tanah. -Gambar hiasan

Perbalahan sering terjadi disebakan urusan tanah. -Gambar hiasan

Jika anda turut berhadapan situasi sama, ini empat langkah yang boleh dilakukan seperti perkongsian peguam yang menggunakan nama akaun Hawari Law ketika menjawab persoalan wanita terbabit.

1. Buat aduan terus ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri di mana lokasi tanah berada dan pastikan semua dokumen berkaitan dibawa sebagai sokongan.

2. Jika mendapati terdapat unsur kelewatan yang tidak munasabah daripada pihak pejabat tanah, boleh buat aduan ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk siasatan lanjut.

3. Aduan juga boleh dibuat melalui portal aduan awam di laman web eAduan KPDN yang disediakan pihak kerajaan untuk isu-isu seperti ini.

4. Jika masalah berlarutan tanpa penyelesaian, anda boleh membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi dengan menghantar surat atau membuat aduan ke pejabat Menteri Besar atau Exco Tanah negeri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain