suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu beli mahal-mahal, ini cara DIY pewangi rumah persis bau hotel mewah... Kekal harum selama sebulan

Gabungan bahan ini dapat menyegarkan kediaman.

RAMAI yang beranggapan kediaman wangi dan harum setiap masa berpunca daripada penggunaan produk mahal atau berjenama.

Malah ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit demi membeli produk-produk yang dicadangkan atau tular di media sosial, namun hasilnya tidak memuaskan.

Sebenarnya ada kaedah yang lebih mudah dan murah untuk memastikan setiap sudut rumah anda kekal harum persis kediaman mewah dan hotel lima bintang.

Ini cara mudah yang perlu anda lakukan, haruman boleh kekal sehingga sebulan.

Bahan-bahan:

3 biji lemon

3 sudu besar garam

1 penutup cecair pelembut baju

10 hingga 15 kuntum bunga cengkih

1 sudu besar cuka

Cara penyediaan:

1. Potong lemon kepada 4 bahagian, tapi jangan sampai terputus.

2. Kemudian masukkan ke dalam bekas kecil.

3. Campurkan 3 sudu garam di antara lemon tadi diikuti pelembut baju, bunga cengkih dan cuka.

4. Letakkan di penjuru rumah atau lokasi yang anda inginkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain