suria

Bakal kahwin tak lama lagi? Ini 15 tip rancang kewangan paling ‘legit’ masa kini, sesuai sangat nak ikut

Setiap pasangan perlu membuat perancangan kewangan dengan betul.

SEBUAH majlis perkahwinan mewah merupakan idaman setiap pasangan memandangkan ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.

Namun, ramai dalam kalangan pasangan muda melakukan kesilapan dalam pengurusan wang sehingga boleh menjejaskan masa hadapan mereka.

Sebenarnya terdapat 15 langkah boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam menguruskan kewangan mereka seperti dikongsikan sebuah agensi pengurusan kewangan, Infaq Consultancy.

Bahagikan gaji sebelum dibelanjakan bagi setiap bulan.

1. Perancangan kewangan perlu dimulakan sebaik sahaja pasangan itu berkahwin dan hidup bersama.

2. Elakkan daripada berhutang, sebaiknya buat majlis perkahwinan dengan kos yang rendah atau bersesuaian.

3. Mulakan menabung untuk membeli rumah pertama dan bukan kereta pertama. Pastikan installment rumah lebih rendah berbanding kadar sewaan.

4. Tidak perlu malu sekiranya membeli rumah pangsa sebagai kediaman pertama kerana ia lebih baik daripada menyewa sehingga ke hari tua.

5. Pilih kereta bersesuaian untuk bergerak dari titik (destinasi) A ke titik B dengan memiliki kenderaan yang harganya tidak melebihi setahun jumlah kiraan gaji.

6. Gabungkan gaji bersama untuk merancang kos menyara kehidupan bersama mengikut formula 30 peratus untuk belanja isi rumah, 30 peratus untuk hutang, lima peratus untuk ekstra (wang lebihan), lima peratus untuk pemberian (ibu dan bapa) dan 30 peratus untuk lebihan.

7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih daripada 30 peratus setiap satu atau maksima 60 peratus jika digabungkan kedua-duanya.

Ekstra 5 peratus simpanan dibahagikan tersebut boleh dijadikan sebagai tambahan menjadikan 65 peratus jumlah hutang.

Merancang kewangan bagi pasangan dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan.

8. Rancang minima 30 peratus lebihan untuk 3 perkara penting ini iaitu 10 peratus simpanan, 10 peratus perlindungan takaful dan 10 peratus pelaburan.

9. Langgan medical card atau kad perubatan serta takaful income protection untuk suami isteri dengan memastikan perlindungan mencukupi 10 tahun gaji.

10. Boleh mula untuk lakukan perancangan pusaka dan harta sepencarian untuk permudahkan urusan pasangan.

11. Rancangan persaraan dengan menabung emas dan unit trust sebelum beralih kepada saham dan hartanah.

12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan seperti takaful pendidikan, Tabung Haji, ASB dan SSPN-I sebagai pilihan.

13. Wujudkan perpustakaan mini yang dipenuhi dengan buku kerana aset penting dalam keluarga adalah ilmu.

14. Rancang untuk buat tabungan menunaikan haji untuk diri sendiri dan keluarga.

15. Kemas kini perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain sebanyak dua hingga tiga tahun sekali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain