suria

Usah sentap acik-acik tanya soalan cepumas Aidilfitri! Cuba tip ini... Anda nampak lebih matang, beradab

Pakar motivasi ajar cara betul menjawab soalan cepumas golongan lebih tua ketika Aidilfitri.

HARI Raya Aidilfitri sering ditunggu-tunggu untuk kita berjumpa dengan keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.

Apabila sudah sekian lama tidak berjumpa, pasti banyak soalan 'cepumas' akan ditanya oleh mereka kepada kita.

Biasanya, soalan-soalan ini akan ditanya oleh golongan lebih tua.

Antara soalan-soalan yang popular mungkin akan keluar daripada mulut mereka pada hari raya adalah:

Hari raya perlu disambut dengan menyantuni saudara mara dan orang sekeliling kita.

1. Sudah makin berisi sekarang, tak jaga makan ke?

2. Kenapa nampak kurus sangat ni, sakit ke?

3. Usia makin meningkat, bila nak kahwin?

4. Lama dah kahwin, bila nak dapat anak?

5. Anak baru seorang, bila nak tambah lagi?

6. Sudah habis belajar, bila nak kerja?

7. Kerja apa sekarang, berapa gaji kamu dapat?

Sebelum ini, banyak video di media sosial dikongsi bagi 'mengajar' kita cara berdepan dengan golongan yang suka bertanya dan bagaimana menjawab soalan-soalan sensitif tersebut.

Namun, menurut seorang pakar motivasi, Termizi Aziz, dia tidak bersetuju dengan memberikan jawapan 'pedas' kepada yang bertanya walaupun soalan itu membuatkan kita 'sentap'.

Ini kerana ajaran dalam agama Islam menyuruh kita menjaga adab dengan menghormati golongan lebih tua meskipun kita berasa amat marah dan sakit hati.

Tangkap layar video dikongsikan Termizi di TikTok.

Tindakan tersebut bukan sahaja tidak baik malah respon secara kasar itu sekali gus menunjukkan bahawa kita mempunyai hati yang sangat lemah.

Sebaliknya, apa yang perlu kita buat adalah menjawab dengan jawapan seperti berikut:

1. Doakan saya supaya dimurahkan rezeki.

2. Doakan saya supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Dalam pada masa sama, kita juga boleh mendoakan golongan tersebut supaya diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk tidak menyakiti orang lain dengan sengaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain